Saturday, April 3, 2010

Baru balik househunting, rasa nak demam. Memang dah ala-ala demam sebenarnya. Baru ingat nak tidur, tapi ada benda lain yang lebih interesting. Lepas baca, telinga terus panas. Tak tau lah sejuk sbb demam ke sbb marah.

I have been through this a hell lot of times and I am starting to get very sick and annoyed of this. However, I am gonna try and keep my composure and write this post with simple words so that everyone can fucking understand this.

Look around you. What do you see? Do you see everyone wearing niqabs, having long beards and walking around with a tasbih? No. Do you see everyone wearing short skirts and skinnies and exposing their body parts to others? No. So, basically not everyone is the same. Yes, some people might be born and raised to a very strict Muslim family who holds all the principles of Islam dear and lives life the way they should.

BUT some don't. Some has bas been raised in an entirely different social circle and has been instilled with different values. Kalau awak dari kecik dari sekolah agama, smpai ke besar, kawan-kawan pun dari kelompok orang yang sama, bagus lah. Tapi tolong ingat, latar belakang awak dengan latar belakang orang lain tak sama. Bukan bererti orang tu lagi teruk dari awak. Sapa awak nak judge iman seseorang? Tak semestinya kalau awak berpurdah berserban 24 jam, awak tu comfirm masuk syurga, lepas dari azab Tuhan dan orang yang tak seperti awak tu tak.

Okay lah, fine, awak nak sebarkan dakwah? Nobody's telling you not to, but please mind your words. Bukan kitorang tak hafal Quran, kitorang tak tahu adab berdakwah mcm mana. Kalau awak berguru smpai ke ulama paling hebat dunia pun, kalau cara awak nak berdakwah tu salah, smpai sudah takde siapa akan dengar dan apa-apa yang awak ckp tu mcm menuang air ke daun keladi, masuk telinga kiri keluar telinga kanan.

Everybody has their own pride and ego. Every single one. Please don't think only yours matter. Awak terkejut tgok orang tak pakai tudung, rmbut warna-warni? Habis awak tgok orang tu tak terkejut tgok orang pandang perempuan terus tunduk istighfar? Sama je lah ceritanya. Bagus awak nak dakwah dengan orang, I admire that, please pat your back. Tak smua orang ada kekuatan untuk berdakwah, tapi kalau nak berdakwah dengan mengaibkan orang lain, apebende tu?

Ni nak tegur perempuan tak pakai tudung pergi jerit2 dari tingkat 6 di kawasan orang ramai. Apa perasaan orang yang di tegur tu? Do you honestly feel that they will be ashamed of themselves and would want to change? Harapan lah weh. Tu memalukan orang namanya. Lagi orang tu sakit hati and menyampah, ada lah. Dah lah awak tu lelaki, tak rasa ada cara lain yang lagi elok? Kat situ kan ramai orang, ustazah-ustazah pun ramai. Mintak lah tolong salah seorang ustazah tu tegurkan, diorang pun ada lah cara nak tegur. Nak tegur pakaian tak sesuai, mulakan dengan 'awak rasa awak mati mcm mana?' Bila ada TERdengar cerita, terus post blog maki hamun kutuk orang tu. Padahal benda yang di ckpkan tu tak betul pun. Kan ke fitnah tu lagi besar dosanya dari membunuh? Yes, saya pun tahu sedikit ilmu agama.


Konon nak ckp awak tu orang alim, tapi kalau apa yang awak bawa kepada masyarakat bukan lah pembangunan atau kebaikan, tapi lebih kepada memecahbelah dan melaga-lagakan sesama saudara sendiri. Kalau betul niat awak baik, awak bukan nya ajak kawan-kawan gang awak merejam orang yang bukan dlam kumpulan tu. Instead, berbaik-baik sesama manusia, baru lah boleh nak tegur elok2. Kalau mcm tu, orang yang di tegur pun boleh menerima dengn hati terbuka. Yang di tegur pun tercapai hasrat di hati nak menegur.

Ingat, zahir seseorang tak melambangkan siapa dia yang sebenarnya. Orang tu mungkin nampak tak sebaik mana, tapi ilmu dan iman dia, Tuhan je yang tahu. Husnu zon, *sorry tak reti nak eja* maksudnya berprasangka baik kepada orang lain. Ni masa Akhlak darjah 5 dah belajar. Benda-benda kecil macam ni pun patut kita terapkan dalam kehidupan seharian. Bukan dengan qiamullail setiap malam smpai tak cukup tidur, tapi bila tgok orang je, 'mesti si polan ni mcm ni, si polan tu pulak mcm ni'. Cuba kita pegang resam padi, makin byak isi, makin tunduk menyembah Bumi. Bukan baru berguru sedikit dah nak pergi ke hulu hilir tunjuk salah orang. Yang membezakan manusia dan binatang adalah akal untuk berfikir. Kalau kita tak gunakan akal tu untuk berfikir, apa beza kita dengan binatang?

Yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk itu datang dari saya. Maaf kalau bahasa agak kasar, dan buat siapa-siapa yang terasa, minta maaf. Post ini tak ditujukan kepada sesiapa secara khusus. Siapa makan cili, dia yang terasa pedasnya.

3 comments:

欣盈 said...

I do like ur article~!!!..................................................

sitti said...

T_T~ Owh, babe. Your post brings me to tears (figuratively, not literarily). But all that is written there are truths. How I relate to this post.

azwa said...

Whoever-you-are-as-I-can't-seem-to-be-able-to-read-your-name-and-don't-even-think-I-know-you - err. thanks?


Sitti - Sure am glad to know that somebody can actually relate to it and like it. :)