Sunday, March 28, 2010

Doa

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Kau ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami dan semua kaum muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau pun yang telah meninggal dunia.
Kau murahkan lah rezeki kami, rezeki kedua ibu bapa kami, guru-guru kami dan kaum muslimin dan muslimat Ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhan Kami yang Maha Mengasihani,
Kau kurniakan lah kesihatan tubuh badan dan umur yang panjang buat kedua ibu bapa kami, Ya Allah.
Kau kasihani lah mereka sebagaimana mereka mengasihani kami semenjak kami kecil lagi Ya Allah.
Kau lindungi lah mereka dari segala ancaman bahaya dan buatan orang Ya Allah.
Kau lindungi lah juga adik-adik dan saudara-saudara kami Ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhan Kami yang Maha Mengetahui,
Kau murahkan lah rezeki kami, Ya Allah.
Kurniakan lah kami dengan kefahaman para nabi dan kurniakan lah kami kekuatan ingatan para hafiz Ya Allah.
Kau terangkan lah hati kami Ya Allah, Kau jauhkanlah kami dari segala kekusutanYa Allah.
Anugerahilah kami dgn semangat juang yang tinggi Ya Allah, jauhilah kami dari sifat malas dan cepat putus asa, serta riak dan takbur.
Kurniakan kami dengan semangat juang serta kesabaran yang tinggi dlam berjuang di jalan-Mu Ya Allah.

Kau bukakanlah pintu rezeki kami Ya Allah,
Kau berilah kami kemudahan dan kesenangan untuk menjawab peperiksaan.
Kau hindarkan kami dari sifat takut, gemuruh dan cuai.
Kurniakan kami ketenangan dan keyakinan.
Kau lembutkanlah hati pemeriksa kami Ya Allah, semoga mereka dapat menanda kertas kami dalam keadaan hati yang tenang dan semoga kami mendapat keputusan yang terbaik Ya Allah.
Kurniakan juga kejayaan kepada rakan-rakan seperjuangan kami Ya Allah.

Tapi jika kami tidak mendapat keputusan yang di harapkan Ya Allah,
berilah kami kekuatan untuk bangun semula Ya Allah.
Jauhi kami dari sifat putus asa dan malas.
Kerana sesungguhnya setiap apa yang berlaku, hanya Engkau yang maha mengetahui apa yang tersirat di sebaliknya.

Amin Ya Rabb.


Doa

2 comments:

Shafiqa Mohd said...

amin ya rabbal alamin. :D

MM said...

haven't heard it for so long.