Tuesday, March 30, 2010

Tag

So, I've been tagged by Kak Nadia, and apparently I won an award. ;)






7 Things About Myself

1. I hate doing the laundry. Selagi laundry pile tu tak pile up dan masih ada baju nak pakai, selagi tu tanak buat laundry.

2. I think one can never get enough of clothes, bags, or shoes. Ini semua keperluan. Tapi kalau beli, tak reti jaga, or beli sekadar ada, memanglah benda tu akan cepat rosak dan baru lah boleh nak ckp membazir. When buying something, make it worth every cent, baru puas hati.

3. I am scared of the dark and I don't like sleeping alone. Sbb bila gelap dan duduk sorang2, mula lah terbayang benda bukan2. Bunyi pun nnt dengar dah pelik2. Mcm mana nak duduk bilik sorang tahun depan pun, entah lah.

4. I think a guy should be of three things if he wants to leave a good impression on girls. Be neat, look clean and smell good. No matter how cute/hot you are, tapi kalau selekeh semacam, bau pun semacam, takpe lah. -____-

5. I look forward to birthdays, especially mine. I'd list down my possible birthday gift list monthsss before and days after my birthday.

6. Lately, I get sick easily. Minum coffee sikit, minum susu sikit, mula lah mabuk dan sakit perut berhari-hari. Blood pressure pun suka hati dia je bila-bila nak turun. And I know people say mcm limpa/ pedal/ hati elok nak naikkan balik blood pressure, tapi benda-benda tu tak sedap.

7. I don't eat weird animal parts, or other animals beside ayam, ikan, daging. Jadi landak ke merpati ke puyuh ke, takpe lah. Silakan makan ye :) And I am scared of animals, even cats.

n.b : tidur tadi sgt best, up to the part terjaga sbb di serang nyamuk bertubi2. terima kasih lah nyamuk. pfft.



Monday, March 29, 2010

Love

Last night, my friend's boyfriend was caught cheating. In the most obvious, possible way ever. Nobody thought that he'd cheat and the best part was his pathetic attempt to lie and the excuses he made to not put the blame on him. Dude, come on. Kalau dah terkantoi tu, buat lah cara terkantoi. Minta maaf ke ape ke, bukan bagi alasan bodoh-bodoh tak masuk akal. Ingat budak 5 tahun ke nak tipu?



Never say 'I love you' when you don't mean it.
Because when we say we love you, we mean it with all our hearts.



Sunday, March 28, 2010

Doa

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Kau ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami dan semua kaum muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau pun yang telah meninggal dunia.
Kau murahkan lah rezeki kami, rezeki kedua ibu bapa kami, guru-guru kami dan kaum muslimin dan muslimat Ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhan Kami yang Maha Mengasihani,
Kau kurniakan lah kesihatan tubuh badan dan umur yang panjang buat kedua ibu bapa kami, Ya Allah.
Kau kasihani lah mereka sebagaimana mereka mengasihani kami semenjak kami kecil lagi Ya Allah.
Kau lindungi lah mereka dari segala ancaman bahaya dan buatan orang Ya Allah.
Kau lindungi lah juga adik-adik dan saudara-saudara kami Ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhan Kami yang Maha Mengetahui,
Kau murahkan lah rezeki kami, Ya Allah.
Kurniakan lah kami dengan kefahaman para nabi dan kurniakan lah kami kekuatan ingatan para hafiz Ya Allah.
Kau terangkan lah hati kami Ya Allah, Kau jauhkanlah kami dari segala kekusutanYa Allah.
Anugerahilah kami dgn semangat juang yang tinggi Ya Allah, jauhilah kami dari sifat malas dan cepat putus asa, serta riak dan takbur.
Kurniakan kami dengan semangat juang serta kesabaran yang tinggi dlam berjuang di jalan-Mu Ya Allah.

Kau bukakanlah pintu rezeki kami Ya Allah,
Kau berilah kami kemudahan dan kesenangan untuk menjawab peperiksaan.
Kau hindarkan kami dari sifat takut, gemuruh dan cuai.
Kurniakan kami ketenangan dan keyakinan.
Kau lembutkanlah hati pemeriksa kami Ya Allah, semoga mereka dapat menanda kertas kami dalam keadaan hati yang tenang dan semoga kami mendapat keputusan yang terbaik Ya Allah.
Kurniakan juga kejayaan kepada rakan-rakan seperjuangan kami Ya Allah.

Tapi jika kami tidak mendapat keputusan yang di harapkan Ya Allah,
berilah kami kekuatan untuk bangun semula Ya Allah.
Jauhi kami dari sifat putus asa dan malas.
Kerana sesungguhnya setiap apa yang berlaku, hanya Engkau yang maha mengetahui apa yang tersirat di sebaliknya.

Amin Ya Rabb.


Doa